GINCU! ohh... penyeri bibirmu~





TIPS JAGA BIBIR



  1. Gunakan pelembap bibir/  Vaselin Night Care.Kalau badan kita kena ada losen.macam tu jugak bibir taw.Pelembap bibir tu umpama macam losen la untuk bibir untuk pastikan bibir kita terjaga dan jadikan struktur bibir kita jadi lembut gituu..dan yang paling penting bibir kita tak kan pecah kalau kita pandai jaga.
  2. sebelum korang semua tidur pastikan bibir korang bersih tanpa sisa lipstik yang abuada.Macam mekap,bibir juga perlu dibersihkan dengan kapas taw dan letakkan sedikit minyak bayi.Untuk kesan yang baik,buat selepas mandi.Ini untuk dapat membantu membuang kulit mati supaya bibir kita kekal segar je dan MERAH bak delima tu..hehehe
  3. Bibir perlu perlukan daripada sinaran UV yang bercahaya.Korang cari gincu/pelembap yang ada SPF untuk perlindungan dari sinar matahari supaya bibir tidak tak jadi kusam dan gelap.
  4. hah! yang ni..baca yer..ELAK jilat bibir sebab nya air liur kita tu boley jadikan bibir korang lagi bertambah kering sebenarnya.Dan korang mesti elakkan daripada menggunakan pelembap bibir yang berperisa tu.sebab nak elakkan daripada korang menjilat bibir tu...
  5. kurangkan daripada menggunakan gincu yang jenis "matte" sebab biasanya jumlah pelembap pada jenis macam tu kurang dan ada kalanya tiada langsung pelembap.
  6. Madu pun boleh dijadikan pelembap jugak taw.Calitkan dua titik madu lebah ASLI di sekeliling bibir setiap malam sebelum tidur supaya ia berkesan dengan lebih baik semasa tidur.
  7. kalau korang nak bibir yang lembut dan kemerah merahan,sapukan pati susu pada bibir setiap hari.
  8. selain daripada pati susu tadi,, halia juga boleh dijadikan ganti untuk mendapatkan bibir yang lebih menawan.Caranya,kupas kulit halia kemudian tumbuk hingga lumat,perah airnya dan sapukan kat bibir.






RAHSIA WARNA GINCU

  1. Pelembap tanpa warna
  • selalu nya ia menjadi pilihan bagi yang ingin kelihatan semula jadi (neutral) kerana tidak mengandungi sebarang warna.Mungkin juga golongan ini hanya memilih pelembap bibir/gincu yang mengikut warna dorang.Walaupun tanpa sebarang warna , ia tetap memberi kesan taw pada gaya yang ringkas / simple.

     2. Merah Jambu
  • Warna merah jambu ini boleh menaikkan pesona dan kesans seksi pada si pemakai.Ia memang sesuai untuk semua kulit sama ada gelap ataupun cerah.Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis,manja dan berjiwa penyanyang.. wahh!! hehe.. Mereka juga tidak suka mencari masalah dengan orang lain.Tetapi AWAS, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tidak kisah.. 
     


    3. Ungu
  • mereka yang memilih warna ungu pula adalah mereka yang ada stail dan gaya yang tersendiri.Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip.Namun,kadang kala bersikap degil dan mementingkan diri sendiri serta sukar mendengar pendapat orang lain.Bagaimanapun mereka boleh menerima pandangan teman rapat yang mereka percayai.Hanya yang yakin sahaja berani mengayakan warna ini.. weee~




    4. Coklat
  • Warna coklat menjadi pilihan mereka yang tidak suka terlalu menonjol dari segi imej.Bagi mereka,bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting.Mereka yang memilih warna ini mempunyai kenyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi.Mereka juga adalah simbol kesetiaan dan boleh dipercayai.. =)


   5. Merah
  • Merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai,punya kenyakinan diri yang tinggi dan berwaspada dalam setiap tindakan.Mereka juga tidak suka diperlekehkan orang lain tau.Senang cerita,jangan cuba main-main dengan mereka ini.Buruk akibatnya taw nanti! Namun,mereka sebenarnya baik hati dan boleh bertolak ansur kalau kena pada gayanya.


   6. Jingga
  • Seperti juga si pemakai warna jingga ini,mereka yang memilih warni ni seorang yang berdedikasi terhap kerjaya atau pelajaran.Mereka juga lemah lembut orangnya,namun memiliki sekepinh hati yang keras gituu! hehe.. Kadang kala tu mereka senggup bertengkar demi nak pertahankan pendapat.




                              

 
        GINCU TAHAN LAMA

  1. Sapukan bibir dengan menggunakan tisu atau kain lembut dan bersih.
  2. Mulakan dengan mencalit rata pengilat bibir atau pelembap bibir secara tipis dan biarkan  sehingga kering lebih kurang 2 hingga 3 minit.
  3. Lukis bibir dengan pensel bibir yang sesuai dengan warna lipstik pilihan.
  4. Sapukan lipstik ke selurukan sapuanh bibir.Lebih elok jika menggunakan berus bibir bagi mendapat sapuan yang rata.
  5. lekapkan tisu pada bibir den kemudian ulang balik memakai lipstik pada bibir.

2 comments:

[fArAh aLiAs] said...

sesungguhnya y kaler merah jambut itulah lipstik peberet sayer dan sememangnya kena dengan pgai sayer. sgt sensitif di dlm walau diluar npk x kisah! yup, i'm sensitif person. ngeee ^_^

owgdye_1991 said...

hahahaha! ohh.. yeah? sensitif? xper..yang pntg seksi gitu ..huhu