Antara Fakta & Mitos dalam amalan kecantikan (part 1)

Assalamualaikum...

Ni sikit maklumat yang Mrs tingtong nak share dengan semua pasal fakta dan mitos dalam amalan kita nak jadi cantik.Mesti macam-macam petua yang kita baca kan untuk pastikan kita dapat kecantikan yang kita nakkan..




Kulit Gelap Tidak perlukan krim pelindung matahari

Semakin gelap warna kulit,semakin banyak melanin(pigmen alami kulit) yang berfungsi sebagai pelindung sinar UV.

Kulit berwarna gelap memang lebih minimum risiko terbakar,tetapi sinar UV masih tetap terdedah secara terus pada kulit. 
Krim pelindung matahari perlu digunakan untuk melindungi kulit dari bahaya kanser dan melambatkan proses penuaan.

Pilih krim pelindung cahaya matahari SPF 15 untuk semua jenis kulit.

Pada sesiapa yang alah atau sensitif pada kandungan SPF,boleh la cuba mineral make-up foundation sebagai gantinya. 


Lebih baik keluarkan nanah dari jerawat dengan cara menekan

Kita mungkin rasa lebih baik selepas mengeluarkan nanah,tapi sebenarnya sebahagian besar nanah tersebut masuk lebih dalam ke kulit.

Ini boleh menyebabkan semakin banyak keradangan sehingga boleh menyebabkan timbulnya bekas luka dan tersebar di bawah kulit. 

Ia juga boleh menyebabkan  jerawat tumbuh semula di sekitar bekas jerawat tersebut.

Sebaik-baiknya,gunakan alat yang sesuai untuk  membuang jerawat.Ini lebih selamat dan tidak menyebabkan timbul bekas atau parut pada bahagian tersebut.

Ubat gigi dapat mengeringkan jerawat


Ubat gigi memiliki sedikit kandungan anti-bakteria yang dikenali sebagai triclosan,yang sering digunakan dalam mengatasi masalah jerawat

Tetapi,ubat gigi juga mengandungi beberapa jenis bahan kimia lain yang bukan ditujukan untuk kulit kerana ia boleh menyebabkan liang-liang roma tersumbat.

Sebaiknya pilih produk dari bahan asas seperti clay yang membantu menyejukkan kulit sambil mengeringkan jerawat tanpa menyebabkan jerawat tanpa menyebabkan liang-liang roma tersumbat.

No comments: