Keburukan terbongkar bila bertengkar *(part1)

Assalamualaikum..

haa...apa maksud nya dengan tajuk entry Mrs tingtong kali ni.Selalu nya kalau kita bertengkar dengan seseorang atau pasangan kita (TERUTAMANYA) hehehe..biasanya kita akan melihat keburukan mereka sahaja di mana kita biasanya akan mengeluarkan kata-kata dan ayat-ayat yang menyakitkan hati,memburukkan pasangan dan sebagainya.Tapi bila teringat balik kenangan,pengorbanan dan sayang kita pada mereka kadang-kadang semuanya boleh bertukar taw..Semuanya bertukar jadi manis dan bahagia je.Betul tak? kan2...Ni ada sikit tip harap-harap boleh bantu yea.. :)

 Kejujuran 
Menjalinkan sesuatu perhubungan,kejujuran adalah perkara yang paling utama.Bila tak ada kejujuran,sebuah perhubungan tu tak kan ada maknanya.Patutkah kita percaya semua yang pasangan kita cakap hanya semata-mata kita tak nak bergaduh besar? Kalau la kita berpegangan dengan istilah macam ni hubungan korang takkan ada maknanya.Cuba korang fikir,takkan kita nak percaya bulat-bulat apa yang pasangan kita cakap tanpa kita selidik betul-betul apa yang pasangan kita katakan.Mungkin juga pasangan kita boleh menipu,berbohong dengan semua kata-kata manis.Jadi dalam sesebuah perhubungan Mrs tingtong sarankan wajib ada kejujuran terutama lelaki yang selalu kita labelkan sebagai kaki perempuan tak terkecuali juga perempuan yang ada juga dilabel sebagai perempuan curang.Percayalah korang,kalau kita saling mempercayai,hormat-menghormati,saling menyayangi kita tak akan tergamak nak menipu pasangan kita dan abaikan prinsip kejujuran dalam hubungan korang.
sih sayang
 kasih sayang

Ayat-ayat cinta macam "saya sayang awak" , "saya cintakan awak" dan sebagainya sering korang ungkapkan bila korang tengah berkasih sayang.Lagi manis dan indah jika kasih sayang tu betul-betul datang dari hati pasangan yang ihklas dan bukan bertopengkan nafsu semata-mata.Sebenarnya kan korang pun taw,semua orang boleh cakap ayat-ayat manis macam tu tapi apa yang membezakan ialah sejauh mana kejujuran bila melafazkan ayat-ayat tu.Ramai yang senang alpa dan leka dengan ayat-ayat manis macam tu.Sehingga sanggup bunuh diri dan macam-macam lagi sekarang ni.Kasih sayang yang sebenar,bila kita menghormati pasangan kita sama seperti kita menyanyangi diri sendiri dan menganggap pasangan kita adalah sebahagian daripada diri kita sendri.






No comments: